NAMA – NAMA KERIS

Attayaya Butang Emas on 2010-01-07

Pada ke 7 jenis keris yang boleh di gambarkan secara umum, dapat pula disebutkan beberapa nama kepada jenis keris mengikut bentuk mata, ulu dan sarungnya, walaupun sebagiannya telah disebutkan lebih awal, yaitu:

  1. Keris Majapahit seperti yang di tunjukkan pada gambar 1, 50 (a,b) 51 dan gambar 52. Inilah keris yang tertua yang telah digunakan semenjak pertengahan abad ke 14
  2. Keris Picit seperti yang ditunjukkan pada gambar 53 adalah sebilah keris yang mempunyai mata yang sangat tipis serta lebar yang terkesan seperti bekas dipicit ibu jari, kononnya ia telah ditempa oleh orang-orang pertapaan.
  3. Keris Alang atau Keris Anak Alang, jenis keris Sumatera (Keris Panjang) yang mempunyai mata sederhana panjangnya.
  4. Keris Andus, keris sundang yang memiliki lebih dari 20 lok.
  5. Keris Apit Liang, Keris Sundang yang mempunyai 5 lok.
  6. Keris Berpamor, yang mempunyai mata yang berpamor.
  7. Keris Berlok atau Keris Berkalok, apabila matanya berlok.
  8. Keris Besi Bari, yang matanya tidak berpamor tetapi mempunyai muka yang kasar seperti kertas pasir.
  9. Keris Bertulis yang matanya bertatah dengan tulisan dari logam, seperti yang ditunjukkan pada gambar 54.
  10. Keris Buah Beka, yang mempunyai mata sebagai rangka buah petai, yaitu lebar serta tumpul bulat di ujungnya.
  11. Keris Cerita, yang mempunyai 9 sampai 15 lok.
  12. Keris Coban, yang mempunyai saluran di tengah pangkal matanya dan terdapat jalur seperti jarum.
  13. Keris Gajah Tikor, yang mempunyai hanya satu lok di pangkal matanya.
  14. Keris Ganja Iras, yaitu kalau ganja dan mata keris diperbuat secara seiras.
  15. Keris Ganja Menumpang, kalau ganja dan mata keris dibuat secara berasingan.
  16. Keris Ganja Rawan, kalau ganja keris berkerawang
  17. Keris Hanuman, yang mempunyai bentuk kepala kera di bawah bagian dagunya.
  18. Keris Ikan Pari, matanya terbuat dari sengat ikan pari.
  19. Keris jenova, keris Sundang yang mempunyai 7 lok.
  20. Keris Jalar Jantan, yang mempunyai mata lurus serta terletak mereng sedikit dari ulunya.
  21. Keris Lamba, keris yang mempunyai hanya 3 lok.
  22. Keris Lemona, yang mempunyai 19 lok.
  23. Keris Langsuyar Bisa, keris yang mempunyai 5 lok serta ganja yang licin.
  24. Keris Lidah, inilah keris yang mempunyai daya lentur dan kemingkinan jumlahnya tidak banyak
  25. Keris Lipan, pamor yang terletak melintang pad bagian kedua belah matanya.
  26. Keris Melela, yang memiliki mata yang licin.
  27. Keris Naga, yang mempunyai bentuk naga di kedua belah matanya. Seperti gambar 55
  28. Keris Pandak, yang mempunyai mata yang pendek.
  29. Keris Parong, yang mempunyai lok dari 21 sampai 29 lok.
  30. Keris Parong Sari, yang mempunyai 7 lok ataupun kurang. Di dalam kitab Hikayat Hang Tuah ada menyebut nama Keris Parong Sari.
  31. Keris Penimbul, yang mempunyai 5 lok.
  32. Keris Raja Laut, keris Sundang yang mempunyai mata lurus.
  33. Keris Rantai, keris Sundang yang punya lok 9 sampai dengan 19 lok.
  34. Keris Sapukal, mempunyai mata yang lurus.
  35. Keris Sempana, mempunyai 3, 5, sampai 7 Lok.
  36. Keris Sempena Bisu, mempunyai mata yang lurus.
  37. Keris Sempana Keling.
  38. Keris Sonak Udang, keris dan Patani mempunyai 3 lok.
  39. Keris Suku Bekang, matanya serupa dengan mata sudip.
  40. Keris Sulok Belingkong, keris sundang 3 lok.
  41. Keris Tambang Sari, mempunyai 13 sampai 15 lok.
  42. Keris Terasik, mempunyai 9 sampai 13 lok.
  43. Keris Terjewa, keris kebesaran ( Negeri Perak) yang mempunyai 1 sampai 3 lok di ujung keris.
  44. Keris Tetarapan, keris yang mempunyai lobang panjang di matanya, kononnya keris jenis ini akan membuat luka yang lebih parah dari keris yang biasa.
  45. Keris Tuasik, mempunyai 5 sampai 9 lok.
  46. Keris Ular Lidi, mempunyai mata yang picik tetapi berkelok seperti ular lidi seperti yang digambarkan pada gambar 56.