3. Menjamu Selera : Sambal Lempuyang

Attayaya Butang Emas on 2009-06-25

RESEP

Bahan
  • 250 gram lempuyang
  • 1 sendok makan merica
  • 50 gram bilis
  • 2 sendok makan air asam jawa
  • Garam dan penyedap rasa secukupnya
Cara membuatnya
  • Lempuiyang dikupas kulitnya dan digiling kasar
  • Bilis dan garam digiling halus, tambahkan air asam lalu masukkan ke lempuyang




More about3. Menjamu Selera : Sambal Lempuyang

3. Menjamu Selera : Sambal Belacan

Attayaya Butang Emas on 2009-06-24

RESEP

Bahan
  • 10 batang cabe merah
  • 2 sendok makan terasi
  • Garam secukupnya
Cara Membuatnya
  • Terasi (belacan) dibakar
  • Masukkan cabe merah, belacan, garam, kemudian digiling sampai halus


Catatan :
enak juga jika ditambahkan gula sedikit



More about3. Menjamu Selera : Sambal Belacan

3. Menjamu Selera : Sambal Bilis

Attayaya Butang Emas on 2009-06-23

RESEP

Bahan
  • 100 gram bilis
  • 2 sendok makan air jeruk kasturi
  • 2 sendok makan minyak goring
Bumbu
  • 10 batang cabe merah
  • 6 biji cabe rawit
  • 2 ulas bawang putih
  • Garam dan penyedap rasa secukupnya
Cara Membuatnya
  • Bilis digiling halus
  • Tumis bumbu bersama ikan bilis sampai harum
  • Masukkan garam dan penyedap rasa, angkat dan masukkan air jeruk, siap disajikan




More about3. Menjamu Selera : Sambal Bilis

3. Menjamu Selera : Sambal Lumat

Attayaya Butang Emas on 2009-06-22

RESEP

Bahan
  • 1 kg ikan tamban
  • 2 buah nyiur diparut, ambil santannya dijadikan 5 gelas
Bumbu Yang Dihaluskan
  • 100 gram cabe kering
  • 12 ulas bawang merah
  • 12 ulas bawang putih
  • 2 ruas kunyit
  • 2 ruas halia
  • Garam, penyedap rasa secukupnya.
Cara Membuatnya
  • Ikan tamban direbus, kemudian ambil isinya, giling halus
  • Masak santan bersama bumbu dan ikan, diaduk sampai rata dan kering
  • - Hingga kemudian membentuk butiran-butiran halus




More about3. Menjamu Selera : Sambal Lumat

3. Menjamu Selera : Otak-Otak

Attayaya Butang Emas on 2009-06-21

RESEP

Bahan
  • 1 kg ikan tenggiri atau ikan parang
  • Daun nyiur
  • 1 kg arang
Bumbu
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 100 gram serbuk ketumbar
  • 1 sendok makan jintan putih
  • 1 sendok makan adas manis
  • 1 sendok makan merica
  • ½ dari buah nyiur diparut
  • Garam, penyedap rasa secukupnya.
Cara Membuatnya
  • Ikan dibersihkan, dibelah dua dan dikikis ambil isinya
  • ½ dari buah kelapa parut disangrai dan digiling halus
  • Semua bumbu digiling halus
  • Campurkan ikan, bumbu, parutan nyiur (gula nio gule) aduk sampai rata
  • Adonan tersebut masukkan ke dalam daun nyiur/kelapa bolak-balik berlawanan arah, kemudian dibakar diatas arang, sampai masak, lalu dihidang




More about3. Menjamu Selera : Otak-Otak

3. Menjamu Selera : Kerabu Nenas

Attayaya Butang Emas on 2009-06-20

RESEP

Bahan
  • 1 buah nenas
  • 1 buah mentimun
  • 10 biji cabe merah
  • 3 tangkai daun selasih
  • 1 tangkai daun kunyit
  • 2 sendok makan terasi
  • 2 sendok makan gula merah
  • Garam secukupnya
Cara Membuatnya
  • nenas dikupas, kemudian dimayang halus bersama timun
  • haluskan semua bumbu kemudian campurkan dengn nenas, kunyit dan daun selasih yang telah diiris halus, aduk sampai rata, siap disajikan




More about3. Menjamu Selera : Kerabu Nenas

3. Menjamu Selera : Acar Berampah

Attayaya Butang Emas on 2009-06-19

RESEP

Bahan
  • 2 buah mentimun
  • 2 buah wortel
  • 500 gram kacang panjang
  • 20 ulas bawang putih
  • 20 ulas bawang merah
  • 1 sendok makan biji sawi
  • 100 gram cabe rawit
  • ½ buah nyiur parut dan disangrai, lalu digiling halus
  • 5 sendok makan rempah kari
  • 1 gelas air
Bumbu Yang Dihaluskan
  • 100 gram cabe kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 2 ruas halia
  • 2 ruas kunyit
  • 1 sendok makan cuka
  • Gula, garam dan penyedap rasa secukupnya
Cara Membuatnya
  • Semua sayuran dipotong-potong kira-kira 2 cm, kemudian direndam dengan air garam selama 10 menit dan tiriskan, kemudian diisi ke dalam kain dan ditimpa dengan benda agak berat supaya air dalam sauran itu keluar.
  • Tumis bumbu sampai harum kemudian masukkan nio gula, rempah, air, kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan cabe, aduk sampai rata.
  • Setelah dingin baru diaduk dengan sayuran, siap disajikan




More about3. Menjamu Selera : Acar Berampah

3. Menjamu Selera : Acar Pulang Ari

Attayaya Butang Emas on 2009-06-18

RESEP

Bahan
  • 1 kg mentimun
  • 500 gram kacang panjang
  • 2 buah wortel
  • 2 ruas halia dimayang halus
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 100 gram cabe rawit
  • ½ gelas minyak goring
  • 5 sendok makan cuka
Bumbu
  • 7 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 100 gram kemiri
  • 100 gram cabe kering
  • 250 gram garam
  • 2 ruas halia
  • Gula, garam dan penyedap rasa secukupnya
Cara Membuatnya
  • Semua sayuran dibersihkan kemudian dipotong-potong
  • Rendam semua sayuran dengan air garam kira-kira 10 menit, kemudian tiriskan
  • Tumis bumbu sampai harum, masukkan cuka dan aduk sampai rata
  • Setelah dingin baru dicampur dengan sayuran.




More about3. Menjamu Selera : Acar Pulang Ari

3. Menjamu Selera : Pacri Nenas

Attayaya Butang Emas on 2009-06-17

RESEP

Bahan
  • 1 buah nenas (tua atau masak)
  • 1 buah nyiur, diparut ambil santanya untuk 6 gelas
  • 2 sendok makan gula
  • 4 sendok makan rempah kari
  • 1 buah nyiur diparut disangrai lalu dihaluskan
  • Minyak untuk menumis
Bumbu Yang Dihaluskan
  • 100 gram cabe kering
  • 10 ulas bawang marah
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 ruas kunyit
  • 2 ruas halia
  • Gula merah, garam dan penyedap rasa secukupnya
Bumbu
  • 7 kuntum cengkeh
  • 3 ruas kulit kayu manis
  • 1 biji buah pala
  • 2 biji kapulaga
Cara membuatnya
  • Nenas dikupas dan dipotong-potong
  • Rebus nenas sampai lembut, angkat dan tiriskan kemudian berikan 2 sendok makan gula, diamkan untuk beberapa menit
  • Panaskan minyak, masukkan bumbu dan tambah dengan bumbu yang dihaluskan, diaduk rata dan dimasak sampai berbau harum.
  • Masukkan nio gula, rempah kari, aduk hingga rata, kemudian masukkan santan, nenas, garam dan penyedap rasa
  • Masak sampai mendidih.




More about3. Menjamu Selera : Pacri Nenas

3. Menjamu Selera : Dalca

Attayaya Butang Emas on 2009-06-16

RESEP

Bahan
  • terung
  • buncis
  • kacang lendir
  • kacang dal
  • 7 biji belimbing wuluh
  • 2 biji wortel
  • 250 gram kentang
  • 250 gram kol
  • 10 batang cabe merah
  • 10 batang cabe hijau
  • 2 buah tomat
  • 500 gram tetelan yang sudah direbus
  • 2 buah nyiur, diparut lalu diperas dan dijadikan 4 mangkok santan
  • Minyak untuk menumis
Bumbu
  • 100 gram cabe kering
  • 20 ulas bawang merah
  • 10 ulas bawang putih
  • 250 gram rempah kari atau dalca
  • 3 ruas kunyit
  • 2 ruas jahe
  • Garam, penyedap rasa secukupnya
Cara Membuatnya
  • Semua sayur dibersihkan, lalu dipotong menurut selera
  • Tumis semua bumbu yang telah dihaluskan sampai harum
  • Masukkan rempah kari, tetelan, kentang, santan aduk rata, terakhir masukkan sayuran, garam dan penyedap rasa, masak sampai mendidih




More about3. Menjamu Selera : Dalca

3. Menjamu Selera : Siput Isap Tumis Kecap

Attayaya Butang Emas on 2009-06-15

RESEP

Bahan
  • 1 kg siput isap
  • 4 sendok makan kecap
  • 5 sendok makan air
  • 2 sendok makan minyak goreng
Bumbu
  • 1 ruas halia
  • 4 biji cabe
  • Garam, penyedap rasa secukupnya
Cara Membuatnya
  • Siput dibersihkan, kemudian dipotong sedikit ekornya
  • Jahe dan cabe dimayang halus
  • Tumis halia dan cabe kemudian masukkan kecap dan aduk sampai rata, lalu masukkan air dan siput, amasak sampai mendidih, angkat dan siap disajikan.




More about3. Menjamu Selera : Siput Isap Tumis Kecap

3. Menjamu Selera : Kepal - Kepal

Attayaya Butang Emas on 2009-06-14

RESEP

Bahan
  • 1 kg udang
  • 1 mangkok air asam jawa
  • Minyak goreng
Bumbu
  • 100 gram cabe kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • Garam, penyedap rasa secukupnya.
Cara Membuatnya
  • Udang dibersihkan
  • Tumis bumbu sampai harum, kemudian masukkan air asam, penyedap rasa dan udang
  • Masak sampai mendidih.




More about3. Menjamu Selera : Kepal - Kepal

3. Menjamu Selera : Pais Ikan Tamban

Attayaya Butang Emas on 2009-06-13

RESEP

Bahan
  • 1 kg ikan tamban
  • ½ biji kelapa, sangrai dan digiling hlaus
  • Daun mengkudu untuk membungkus
Bumbu
  • 100 gram cabe merah
  • 10 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 250 gram rempah kari
  • Garam, penyedap rasa secukupnya
Cara Membuatnya
  • Ikan dibersihkan
  • Semua bumbu digiling halus
  • Campurkan ikan, bumbu, penyedap rasa dan nio gula, aduk sampai rata
  • Masukkan beberapa ekor ikan ke dalam daun mengkudu dan dibungkus, selanjutnya dikukus sampai masak




More about3. Menjamu Selera : Pais Ikan Tamban

3. Menjamu Selera : Pais Gonggong

Attayaya Butang Emas on 2009-06-12

RESEP

Bahan
  • 100 ekor gonggong
  • 1 buah nyiur, diparut dan disangrai lalu digiling halus
  • Daun mengkudu (untuk membungkus)
Bumbu
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 5 biji cabe merah
  • 5 sendok makan rempah kari
  • Garam, penyedap rasa secukupnya
Cara Membuatnya
  • Gonggong dibersihkan lalu direbus dengan air garam sampai masak, keluarkan isinya dan dibuang kukunya.
  • Semua bumbu digiling halus
  • Ganggong, bumbu nio gula, garam dan penyedap rasa, dicampurkan dan diaduk sampai rata.
  • Ambil 2 sendok makan gonggong tersebut dan masukkan kedalam daun mengkudu untuk dibungkus, kemudian dikukus selama 10 menit, angkat dan siap disajikan

Catatan :
Gonggong = sejenis siput laut




More about3. Menjamu Selera : Pais Gonggong

3. Menjamu Selera : Gulai Tial

Attayaya Butang Emas on 2009-06-11

RESEP

Bahan
  • 1 ekor ikan tenggiri
  • 500 gram kentang
  • 1 ikat suun
  • 3 tangkai daun sop
Bumbu
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 1 ruas halia
  • 5 biji cengkeh
  • 2 ruang kulit kayu manis
  • 2 biji buah pala
  • 2 biji kapulaga
  • Garam, penyedap rasa secukupnya
Cara Membuatnya
  • Ikan tenggir dibersihkan dan dibelah dua, kemudian dikikis ambil isinya, lalu dibentuk seperti kelereng.
  • Bawang merah, bawang putih dimemarkan.
  • Kentang dikupas lalau dibelah empat
  • Masak air sampai mendidih, masukkan semua bumbu, kentang, suun, penyedap rasa, garam dan ikan, masak sampai mendidih, angkat dan siap disajikan




More about3. Menjamu Selera : Gulai Tial

3. Menjamu Selera : Sop Gamat

Attayaya Butang Emas on 2009-06-10

RESEP

Bahan
  • 10 ekor gamat
  • 1 batang wortel
  • 5 buah kentang
  • 1 ikat suun (mie)
  • 5 batang daun sop
  • 2 sendok makan bawang goreng
  • ½ dari buah betik muda
Bumbu Yang Dihaluskan
  • 6 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 sendok makan merica
  • 2 ruas halia
  • Garam, penyedap rasa secukupnya.
Cara Membuatnya
  • Gamat dibersihkan, dan direbus dengan betik muda sampai lembut, angkat dan potong-potong
  • Kentang, wortel dikupas kulitnya lalu di potong-potong.
  • Suun direndam dengan air sampai kembang
  • Didihkan air, masukkan gumbo, gamat, kentang, wortel serta suun, masak sampai mendidih.
  • Terakhir masukkan garam, penyedap rasa, merica,bawang goring dan daun sop, masak sampai mendidih.




More about3. Menjamu Selera : Sop Gamat

3. Menjamu Selera : Gulai Kepala Ikan

Attayaya Butang Emas on 2009-06-09

RESEP

Bahan
  • 2 potong kepala ikan
  • 1 liter air asam
  • 1 tangkai daun kari
  • 5 sendok makan minyak untuk menumis
Bumbu
  • 100 gram cabe kering
  • 5 ulas bawang putih
  • 10 ulas bawang merah
  • 1 ulas kunyit
  • 1 sendok teh terasi/belacan
  • Garam, penyedap rasa secukupnya
Cara Membuatnya
  • Kepala ikan dibelah pipih dan dibersihkan
  • Tumis bumbu yang telah dihaluskan sampai harum
  • Kemudian masukkan air asam sampai mendidih
  • Masukkan ikan, daun kari, garam dan penyedap rasa, aduk hingga rata dan biarkan sampai mendidih
  • Angkat dan siap dihidangkan




More about3. Menjamu Selera : Gulai Kepala Ikan

3. Menjamu Selera : Ikan Sarak

Attayaya Butang Emas on 2009-06-08

RESEP

Bahan
  • 1 kg ikan kembung
  • ½ buah kelapa dijadikan 1 gelas santan
  • 5 batang daun sop
  • 500 gram tepung kanji
  • Minyak untuk menggoreng
Bumbu Yang Dihaluskan
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sendok makan merica
  • 1 ruas halia
  • 50 gram ketumbar
  • 50 gram jintan putih
  • 50 gram adas manis
  • Garam, penyedap rasa secukupnya
Bahan Kuah
  • 10 biji cabe merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 10 sendok makan saos tomat
  • 3 sendok makan air jeruk kasturi
  • Garam secukupnya
Cara Membuatnya
  • ikan dibuang isangnya, buang perut melalui lehernya, setelah bersih punggung ikan dipijit-pijit supaya dagingnya lembut dan mudah dikeluarkan
  • ekor ikan ditarik lalu dibuang tulangnya, ambil daging ikan melalui leher, dan digiling halus
  • daging ikan dicampur dengan bumbu, santan, daun sop, garam dan penyedap rasa, aduk hingga rata
  • masukkan adonan kedalam badan ikan melalui leher.
  • Campurkan tepung kanji, santan dan garam, jadikan adonan cair.
  • Celupkan ikan ke dalam adonan, kemudian digoreng sampai masak.
  • Kuah, cabe, bawang dan garam digiling halus, kemudian masukkan saos tomat, air jeruk dan diaduk sampai rata.
  • Siramkan kuah di atas ikan, dan siap disajikan




More about3. Menjamu Selera : Ikan Sarak

3. Menjamu Selera : Kari Kepala Ikan

Attayaya Butang Emas on 2009-06-07

RESEP

Bahan
  • 2 potong kepala ikan
  • 1 buah nyiur dijadikan santan
  • Minyak goreng
Bumbu
  • 4 buah bunga bawang
  • 3 ruas kunyit
  • 2 biji buah pala
  • 5 biji kapulaga
  • 6 buah cengkeh
  • 240 gram rempah kari
  • Garam dan penyedap rasa secukupnya
Bumbu Yang Dihaluskan
  • 100 gram cabe kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 ruas kunyit
Cara Membuatnya
  • Tumis bumbu, kemudian masukkan bumbu yang dihaluskan, masak sampai berbau harum
  • Masukkan santan, kepala ikan, rempah kari, garam dan penyedap rasa.




More about3. Menjamu Selera : Kari Kepala Ikan

3. Menjamu Selera : Ketam Masak Lemak

Attayaya Butang Emas on 2009-06-06

RESEP

Bahan
  • 1 kg ketam (renjong)
  • 2 buah nyiur/kelapa dijadikan 3 gelas santan
Bumbu Yang Dihaluskan
  • 6 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ruas halia
  • 1 ruas kunyit
  • 1 sendok makan merica
  • Terasi secukupnya
  • Garam, penyedap rasa secukupnya
Cara Membuatnya
  • Ketam dibersihkan
  • Panaskan santan, masukkan bumbu masak sampai mendidh, kemudian masukkan ketam, garam dan penyedap rasa, aduk rata sampai masak.




More about3. Menjamu Selera : Ketam Masak Lemak

3. Menjamu Selera : Kormak Ayam

Attayaya Butang Emas on 2009-06-05

RESEP

Bahan
  • 1 ekor ayam ukuran sedang
  • 1 buah nyiur dijadikan 7 gelas santan
  • 500 gram kentang
  • 1 gelas susu encer
  • 5 sendok makan air jeruk kasturi
  • 2 buah bawang Bombay
  • 2 biji cabe merah dibelah dua
  • 240 gram rempah kormak
  • Minyak untuk menggoreng
Bumbu Yang dihaluskan
  • 2 sendok makan merica
  • 100 gram cabe kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 2 ruas kunyit
Bumbu
  • 6 buah bunga cengkeh
  • 3 ruas kulit manis
  • 5 biji kapulaga
  • 2 biji bunga lawang
  • Garam dan penyedap rasa secukupnya
Cara Membuatnya
  • Ayam dibersihkan
  • Panaskan minyak, tumis bumbu, kemudian masukkan bumbu yang dihaluskan, tumis sampai berbau harum
  • Masukkan santan, rempah kormak, ayam, garam, dan penyedap rasa, diaduk sampai rata, masak sampai ayam lembut.




More about3. Menjamu Selera : Kormak Ayam

3. Menjamu Selera : Peria Masak Udang

Attayaya Butang Emas on 2009-06-04

RESEP

Bahan
  • 2 buah peria muda
  • 10 ekor udang
  • 3 sendok makan minyak goreng
  • 1 biji telur
Bumbu
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah
  • 6 biji cabe merah
  • Garam, penyedap rasa secukupnya
Cara Membuatnya
  • Peria dibersihkan, dibelah dua dan diiris-iris
  • Udang dibersihkan
  • Bawang merah, bawang putih, cabe merah diiris halus.
  • Tumis bumbu yang dimayang halus sampai berbau harum, kemudian masukkan udang, telur, garam, dan penyedap rasa, kemudian masukkan peria, aduk rata dan diangkat.




More about3. Menjamu Selera : Peria Masak Udang

3. Menjamu Selera : Kerabu Nio Gula

Attayaya Butang Emas on 2009-06-03

RESEP

Bahan
  • 500 gram kangkung
  • 250 gram daun ubi
  • 250 gram pucuk betik
  • 500 gram kelapa parut
  • 200 gram tauge

Bumbu
  • 100 gram udang kering
  • 4 biji cabe merah
  • 4 ulas bawang merah
  • Sedikit kencur
  • Gula, garam secukupnya
Cara Membuatnya
  • kangkung, daun ubi, dan pucuk betik direbus kemudian dipotong kasar.
  • Udang kering, cabe merah, bawang merah, kencur, kesemuanya digiling halus.
  • Kelapa parut, sayur dan bumbu di campurkan, kemudian di sangria sampai setengah kering.


More about3. Menjamu Selera : Kerabu Nio Gula

3. Menjamu Selera : Betik Sayur Air

Attayaya Butang Emas on 2009-06-02

RESEP
Bahan
  • 1 buah betik berukuran sedang yang tua (jangan terlalu tua)
  • 3 sendok makan bawang goreng
  • 1 helai daun kunyit
  • 5 tangkai daun selasih
  • 1 liter air
  • 100 gram udang kering digiling kasar

Bumbu Yang Dihaluskan
  • 1 sendok teh makan merica
  • 3 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • Garam, penyedap rasa secukupnya

Cara Memasaknya
  • Betik dibersihkan dan dipotong-potong
  • Air direbus sampai mendidih, masukkan bumbu, udang kering, betik, garam, dan penyedap ras, masak sampai mendidih
  • Setelah masak ditaburi dengan daun selasih, daun kunyit dan bawang goring, siap dihidangkan

Catatan :
Betik = pepaya = kates




More about3. Menjamu Selera : Betik Sayur Air

3. Menjamu Selera : Bilis Masak Ayam

Attayaya Butang Emas on 2009-06-01

RESEP
Bahan
  • 100 gram bilis
  • 5 sendok makan minyak goreng
Bumbu
  • 50 gram cabe kering
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 mangkok air asam jawa
  • Gula, garam dan penyedap rasa secukupnya.

Cara Memasaknya
  • Bilis dicuci bersih
  • Bumbu digiling halus
  • Panaskan minyak, tumis bumbu sampai wangi, masukkan air asam jawa, kemudian diaduk sampai rata.
  • Masukkan bilis, gula, garam dan penyedap rasa, masak sampai mendidih, angkat dan siap disajikan.



More about3. Menjamu Selera : Bilis Masak Ayam

Gurindam 12 Raja Ali Haji

Gurindam 12 - Fasal 1

barang siapa tiada memegang agama
sekali-kali tiada boleh dibilangkan nama

barang siapa mengenal yang empat maka yaitulah orang yang makrifat

barang siapa mengenal Allah
suruh dan tegahnya tiada ia menyalah

barang siapa mengenal diri
maka telah mengenal akan tuhan yang bahri

barang siapa mengenal dunia
tahulah ia barang yang terperdaya

barang siapa mengenal akhirat
tahulah ia dunia mudharat

Gurindam 12 - Fasal 2

barang siapa mengenal yang tersebut
tahulah ia makna takut

barang siapa meninggalkan sembahyang
seperti rumah tiada bertiang

barang siapa meninggalkan puasa
tidaklah mendapat dua termasa

barang siapa meninggalkan zakat
tiada hartanya beroleh berkat

barang siapa meninggalkan haji
tiadalah ia menyempurnakan janji

Gurindam 12 - Fasal 3

apabila terpelihara mata
sedikitlah cita-cita

apabila terpelihara kuping
khabar yang jahat tiadalah damping

apabila terpelihara lidah
niscaya dapat daripadanya faedah

bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan
daripada segala berat dan ringan

apabila perut terlalu penuh
keluarlah fi‘il yang tiada senonoh

anggota tengah hendaklah ingat
di situlah banyak orang yang hilang semangat

hendaklah peliharakan kaki
daripada berjalan yang membawa rugi

Gurindam 12 - Fasal 4

hati itu kerajaan di dalam tubuh
jikalau zalim segala anggota pun rubuh

apabila dengki sudah bertanah
datang daripadanya beberapa anak panah

mengumpat dan memuji hendaklah pikir
di situlah banyak orang yang tergelincir

pekerjaan marah jangan dibela
nanti hilang akal di kepala

jika sedikit pun berbuat bohong
boleh diumpamakan mulutnya itu pekung

tanda orang yang amat celaka
aib dirinya tiada ia sangka

bakhil jangan diberi singgah
itulah perompak yang amat gagah

barang siapa yang sudah besar
janganlah kelakuannya membuat kasar

barang siapa perkataan kotor
mulutnya itu umpama ketor

di manatah tahu salah diri
jika tiada orang lain yang berperi

pekerjaan takbur jangan direpih
sebelum mati didapat juga sepih

Gurindam 12 - Fasal 5

jika hendak mengenal orang berbangsa
lihat kepada budi dan bahasa

jika hendak mengenal orang yang berbahagia
sangat memeliharakan yang sia-sia

jika hendak mengenal orang mulia
lihatlah kepada kelakuan dia

jika hendak mengenal orang yang berilmu
bertanya dan belajar tiadalah jemu

jika hendak mengenal orang yang berakal
di dalam dunia mengambil bekal

jika hendak mengenal orang yang baik perangai
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai

Gurindam 12 - Fasal 6

cahari olehmu akan sahabat
yang boleh dijadikan obat

cahari olehmu akan guru
yang boleh tahukan tiap seteru

cahari olehmu akan isteri
yang boleh menyerahkan diri

cahari olehmu akan kawan
pilih segala orang yang setiawan

cahari olehmu akan abdi
yang ada baik sedikit budi
Gurindam 12 - Fasal 7

apabila banyak berkata-kata
di situlah jalan masuk dusta

apabila banyak berlebih-lebihan suka
itulah tanda hampirkan duka

apabila kita kurang siasat
itulah tanda pekerjaan hendak sesat

apabila anak tidak dilatih
jika besar bapanya letih

apabila banyak mencacat orang
itulah tanda dirinya kurang

apabila orang yang banyak tidur
sia-sia sahajalah umur

apabila mendengar akan khabar
menerimanya itu hendaklah sabar

apabila mendengar akan aduan
membicarakannya itu hendaklah cemburuan

apabila perkataan yang lemah lembut
lekaslah segala orang mengikut

apabila perkataan yang amat kasar
lekaslah orang sekalian gusar

apabila pekerjaan yang amat benar
tiada boleh orang berbuat honar

Gurindam 12 - Fasal 8

barang siapa khianat akan dirinya
apalagi kepada lainnya

kepada dirinya ia aniaya
orang itu jangan engkau percaya

lidah suka membenarkan dirinya
daripada yang lain dapat kesalahannya

daripada memuji diri hendaklah sabar
biar daripada orang datangnya khabar

orang yang suka menampakkan jasa
setengah daripada syirik mengaku kuasa

kejahatan diri sembunyikan
kebajikan diri diamkan

keaiban orang jangan dibuka
keaiban diri hendaklah sangka

Gurindam 12 - Fasal 9

tahu pekerjaan tak baik tapi dikerjakan
bukannya manusia ia itulah syaitan

kejahatan seorang perempuan tua
itulah iblis punya penggawa

kepada segala hamba-hamba raja
di situlah syaitan tempatnya manja

kebanyakan orang yang muda-muda
di situlah syaitan tempat bergoda

perkumpulan laki-laki dengan perempuan
di situlah syaitan punya jamuan

adapun orang tua yang hemat
syaitan tak suka membuat sahabat

jika orang muda kuat berguru
dengan syaitan jadi berseteru

Gurindam 12 - Fasal 10

dengan bapa jangan durhaka
supaya Allah tidak murka

dengan ibu hendaklah hormat
supaya badan dapat selamat

dengan anak janganlah lalai
supaya boleh naik ke tengah balai

dengan isteri dan gundik janganlah alpa
supaya kemaluan jangan menerpa

dengan kawan hendaklah adil
supaya tangannya jadi kapil

Gurindam 12 - Fasal 11

hendaklah berjasa
kepada yang sebangsa

hendaklah jadi kepala
buang perangai yang cela

hendak memegang amanat
buanglah khianat

hendak marah
dahulukan hujjah

hendak dimalui
jangan memalui

hendak ramai
murahkan perangai

Gurindam 12 - Fasal 12

raja mufakat dengan menteri
seperti kebun berpagar duri

betul hati kepada raja
tanda jadi sebarang kerja

hukum adil atas rakyat
tanda raja beroleh inayat

kasihkan orang yang berilmu
tanda rahmat atas dirimu

hormat akan orang yang pandai
tanda mengenal kasa dan cindai

ingatkan dirinya mati
itulah asal berbuat bakti

akhirat itu terlalu nyata
kepada hati yang tidak buta