3. Selepas Empat Puluh Empat Hari

Attayaya Butang Emas on 2008-08-16

Selama empat puluh hari, dikira dari mula bersalin adalah dikehendaki si emak berpantang di sepanjang masa itu, artinya si emak ditegah (dicegah) dari makan sebarang kehendaknya atau berbuat apa-apa juapun termasuk kepada kerja-kerja rumah tangga. Sehingga bangun berjalan meninggalkan katilpun ditegah melainkan sesudah lepas sekurang-kurangnya tujuh hari. Lepas tujuh hari barulah dibenarkan berjalan sedikit demi sedikit dan sebentar-sebentar itupun di dalam rumah. Pantangan ini dahulunya adalah seperkara yang mesti, sekalipun si emak merasa ianya boleh melakukan kerja lebih dari yang dibenarkan itu. Dan sama sekali si emak ditegah atau dipantangkan dari berjalan-jalan atau keluar rumahnya melainkan setelah genap berpantang selama 44 hari dari pada hari bersalin.

Selepas berpantang daripada empat puluh hari, masih ada pula perkara yang patut dikerjakan, yaitu: (pada bagian lain tulisan)